Menjadi “Bapa Muda” pada usia yang muda menuntut persediaan ketahanan mental dan fizikal kerana bukan mudah untuk memikul tanggungjawab yang besar untuk isteri, anak dan keluarga. Kini, ramai pasangan yang mengambil keputusan untuk berkahwin pada usia yang muda. Perkahwinan usia muda amat digalakkan untuk membendung masalah yang tidak diingini serta mendidik seseorang individu untuk menggalas tanggungjawab dalam usia yang muda. Jadi sebagai bapa muda, bersediakah anda? Nah kami kongsikan 19 tips berguna untuk anda dari kami Sweetpictures!
Kewangan
Tanggungjawab bergelar bapa adalah menyediakan keperluan asas secukupnya untuk keluarga dan memerlukan sumber kewangan yang kukuh untuk menampung kehidupan anda sekeluarga.
Komitmen
Kebanyakan bapa muda melibatkan lelaki yang masih menuntut pengajian atau baru mula mengorak langkah dalam bidang pekarjaan. Ia memberikan cabaran yang besar kepada komitmen terhadap diri sendiri dan keluarga.
Pengaruh Sosial
Setelah berkahwin anda tidak lagi hidup berseorangan dan anda perlu memikirkan kehidupan orang lain. Segalanya perlu berkongsi dan anda perlu bersedia untuk berkongsi dengan orang-orang di sekeliling.
Kawal Emosi
Bukan sahaja emosi diri sendiri perlu dijaga, malah emosi orang sekeliling juga perlu dititikberatkan. Anda harus bijak mengawal emosi kerana dikhuatiri akan mempengaruhi emosi orang lain.
Didikan Agama
Tanggungjawab memberi didikan agama dan moral secukupnya kepada anak-anak amat penting sebagai panduan kearah kehidupan lebih baik.
Untuk menjadi bapa yang baik, anda perlu menguasai pengetahuan tentang didikan agama, keibubapaan dan sains teknologi kerana tiga perkara ini saling berkait ketika mendidik anak-anak.
4 SEBAB PERLU KAHWIN MUDA
- Tuntutan agama: islam menyarankan untuk kahwin muda jika sudah cukup syarat zahir dan batinnya.
- Elak zina: perkahwinan adalah langkah terbaik untuk membendung diri dari perbuatan zina dan maksiat.
- Rezeki bertambah: berkahwin adalah tuntutan agama, oleh itu dengan sendirinya rezeki akan datang dan lebih bermakna.
- Lebih bertanggungjawab: anda akan menjadi lebih bertanggungjawab kerana perlu memikirkan tentang kehidupan orang lain.
10 PERKARA INDAH MENJADI SEORANG BAPA!
- Kehidupan lebih sihat.
- Aktiviti harian anda meningkat.
- Mengurangkan tekanan yang punca masalah kesihatan.
- Kemampuan untuk memupuk dan menjaga orang lain.
- Kurang risiko tekanan perasaan.
- Kepuasan pekerjaan meningkat.
- Menjalani kehidupan harian dengan baik.
- Anak-anak lebih cepat belajar daripada peribadi seorang bapa.
- Kehidupan seksual lebih bermakan.
- Kebebasan diri meningkat.
Sweetpictures GO is on-demand wedding photography platform that help ‘bride & groom to be’ to book photographers faster, easier and securely. Customers can easily search photography package that suit with their budget, secure the photographers & event date and make a booking securely via SWEETPICTURES GO.