35 Inspirasi Bunga Tangan Untuk Si Pengantin!

Bunga sangat identik dengan wanita. Bahkan, elemen ini memegang peranan penting dihari pernikahan,persandingan mahupun pertunangan. Pemilihan bunga yang tepat adalah kunci keindahan perkahwinan anda kelak. Memilih bunga tangan yang sesuai dengan peribadi dan citarasa bukanlah mudah, gandingan variasi bunga daripada pelbagai saiz dan warna nyata menyerlahkan keindahan bunga tangan ini. Mungkin dengan rujukan yang disediakan oleh Sweetpictures ini dapat membantu anda dalam memilih bunga tangan yang tepat! 😊

bunga tangan

bunga tangan

Hari perkahwinan adalah memori yang cukup istimewa untuk dijadikan kenangan terindah sepanjang hidup. Tak hairanlah mengapa setiap pasangan mempelai pasti menginginkan yang terbaik dan sempurna untuk hari bahagia mereka. Memilih bunga tangan yang sempurna dan bersesuaian dengan konsep dan keperibadian si pengantin pasti mampu menyerlahkan keserian dan keanggunannya seterusnya melengkapkan hari bahagia yang penuh bermakna.

IMG_2394
IMG_7200

bunga tangan

1) Pilihan Bunga

Untuk menghasilkan bunga tangan yang menarik dan cantik, perlu pandai seimbangkan warna bunga serta jenis bunga yang akan digunakan. Pastikan warna bunga sesuai dengan tema majlis yang berlansung. Kedudukan serta susunan bunga tangan tidak seharusnya sekata jika terdapat pelbagai jenis bunga dan daun susunkan mengikut kreativiti dan tambahkan beberapa aksesori supaya lebih menarik.

bunga tangan

IMG_0964
IMG_1017
IMG_0173
IMG_0827 (1)

 2) Jenis Bunga

Pemilihan jenis bunga juga harus menarik, pelbagai jenis bunga boleh digunakan untuk membuat bunga tangan asalkan kombinasi bunga yang digunakan sesuai dan sepadan. Terpulang sama ada untuk memilih bunga segar (asli) atau bunga tiruan.

bunga tangan

Bunga asli yang biasa digunakan adalah seperti ros (mawar), tulip, lily, daisi dan juga orkid. Namun dari segi bajet, sudah pasti ianya lebih mahal dari bunga tiruan. Penjaannya juga harus teliti agar bunga tersebut tidak layu sebelum majlis berlansung.

IMG_0102
IMG_3553
IMG_0093
IMG_0137

Bunga tiruan kebiasaannya diperbuat daripada plastik atau pun kain. Walaupun harganya lebih murah berbanding bunga asli, tetapi tidak semestinya tak cantik. Kalau kena gayanya ianya tetap akan tampak menarik dengan mengadunkan bunga tiruan dengan elemen-elemen lain seperti kristal, manik dan reben.

bunga tangan

IMG_6381regeg
IMG_9809

 3) Warna Bunga

Warna bunga tangan hendaklah bersesuaian dengan warna tema perkahwinan dan juga pakaian mempelai itu sendiri.  Carilah warna yang seiringan dengan keseluruhan pakaian pengantin tapi jangan serupa pula!

bunga tangan

Elakkan juga warna bunga tangan yang terlalu kontras dan terang. Anda boleh cuba gabungkan dua atau tiga warna yang hampir sama. Warna lembut tentunya lebih sesuai. Ia akan menampakkan anda lebih lemah-lembut dan pastinya lebih ayu.

 

IMG_9509
IMG_1229regegq

bunga tangan

IMG_0584
IMG_0132

bunga tangan

 4) Bentuk Dan Saiz Bunga

Bentuk bunga tangan pula biasanya agak ringkas. Jambangan ini dibentuk dengan menggabungkan beberapa kuntum bunga dengan tangkai yang sederhana panjang. Tangkainya biasa akan diikat dengan reben yang dilepaskan sederhana panjang.

bunga tangan

Warna reben juga memainkan peranan penting dalam membentuk jambangan yang menarik. Jambangan yang dibentuk ini janganlah terlalu besar hingga menenggelamkan pengantin pula dan pastikan juga ikatannya kemas.

IMG_5976
IMG_4635
IMG_1290
DSC05173

 

Jika dilihat dalam adat perkahwinan bangsa lain, kebanyakan mereka percaya jika wanita bujang ‘menangkap’ bunga tangan yang dibaling oleh pengantin perempuan, itu bermakna mereka bakal mendirikan rumah tangga selepas itu.

IMG_7413
IMG_2322
AME_3028
IMG_2600

Namun bagi kita masyarakat Melayu, bunga tangan yang digenggam oleh si ratu sehari hanyalah sekadar melengkapkan penampilan raja sehari untuk tampak sempurna. Selain berfungsi sebagai elemen menambah keceriaan di majlis bahagia, gubahan bunga tangan turut menyuntik mood istimewa buat si mempelai agar tampak luar biasa serta mampu memukau pandangan tetamu yang memandang. Bunga juga boleh di gunakan untuk hantaran, click “Idea Gubahan Hantaran Cantik dan Terkini!” untuk info yang lebih lanjut!

 

 

Sweetpictures GO is on-demand wedding photography platform that help ‘bride & groom to be’ to book photographers faster, easier and securely. Customers can easily search photography package that suit with their budget, secure the photographers & event date and make a booking securely via SWEETPICTURES GO.

BOOK SWEETPICTURES NOW