Menjadi Pengantin Merdeka, Semangat Patriotik yang patut dicontohi!

Tiba sahaja tarikh keramat 31 Ogos, terus membuatkan kami team Sweetpictures teringat kepada pasangan PENGANTIN MERDEKA kami, Syahrul Hisham Abdul Azim dan Nurul Asyikim Zakaria kerana mereka tampil unik dengan mengenakan baju pengantin bermotifkan Jalur Gemilang di majlis persandingan mereka.

IMG_2843
IMG_2858
IMG_2895
IMG_2919
IMG_2909

Asyikim memilih persalinan kurung ini yang dipadankan dengan tudung berwarna putih dan mahkota untuk upacara resepsi mereka yang bertemakan Pengantin Merdeka. Dalam majlis yang diadakan di Kampung Lembah Pasir Puteh, Kelantan itu, gaya sporting pasangan merpati dua sejoli ini benar-benar mengundang perhatian ramai.

IMG_2934
IMG_2945
IMG_0450

Menurut asyikim, mereka sengaja memilih tema pengantin merdeka kerana ingin menunjukkan rasa cintakan negara Malaysia. Jadi secara tak langsung ia dapat menyeru orang ramai supaya lebih cintakan makna merdeka dengan cara masing-masing. Selain itu, mereka berdua memilih 31 Ogos bagi memudahkan mereka mengingati tarikh perkahwinan dan menjadi satu sejarah manis untuk mereka kerana bersanding pada Hari Merdeka.

IMG_0439
IMG_2991
IMG_3029
IMG_3358
IMG_3284
IMG_3244

Idea itu tercetus sempena tarikh bersejarah negara dan telah dirancang dalam tempoh yang singkat iaitu 2 bulan sebelum majlis. Bukan setakat pemilihan tarikh, konsep majlis perkahwinan juga disesuaikan dengan sambutan hari kemerdekaan. Sebab itu mereka memakai baju pengantin Jalur Gemilang.

pengantin merdeka

IMG_3802
IMG_3895

Mereka juga turut berkongsi cerita saat perkenalan yang bermula sewaktu Syarul dan Asyikim sama-sama bekerja dalam bidang pengiklanan. Asyikim atau Ekim kini merupakan seorang model Muslimah dan hos Akak Travel. Kata Ekim lagi, baju yang dipakainya adalah rekaan Mimi Tailor dan Make up artist iaitu Amy Touch. Selain pasangan pengantin, kelihatan para pengapit juga turut menyerlah dengan selempang Jalur Gemilang.

pengantin merdeka

Rakan-rakan pengantin perempuan dan lelaki turut berpakaian mengikut tema warna Jalur Gemilang. Empat ‘dayang’ dilihat memakai baju kurung moden mengikut empat warna Jalur Gemilang dan berselempang. Manakala lima rakan pengantin lelaki berbaju Melayu hitam lengkap ala ‘hulubalang’ dengan selempang dan tengkolok berwarna-warni.

pengantin merdeka

Macam-macam cara untuk mengabadikan kenangan manis hari perkahwinan, jika anda mempunyai cara tersendiri yang mahu diabadikan boleh terus berhubung dengan salesperson kami. Terima kasih!

Sweetpictures GO is on-demand wedding photography platform that help ‘bride & groom to be’ to book photographers faster, easier and securely. Customers can easily search photography package that suit with their budget, secure the photographers & event date and make a booking securely via SWEETPICTURES GO.

BOOK SWEETPICTURES NOW