Koleksi Baju Pengantin Songket Paling Trending 2018

Songket mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung, dan menjadi warisan turun-temurun. Ia telah menjadi bahan utama untuk kain pengantin sejak dahulu lagi. Namun, ramai yang mula meninggalkannya kerana inginkan sesuatu yang lebih moden. Tetapi, apabila di perhati dan diteliti, kelihatan seperti songket mula muncul kembali sebagai antara material baju pengantin yang popular serta rekaannya diberi nafas yang baru. Kali ini, Sweetpictures berkongsi insprirasi dan gaya yang di kenakan oleh raja sehari seterusnya memberi idea buat bakal pengantin di luar sana yang bakal berkahwin. Jom kita tengok baju pengantin yang menjadi kegilaan sekarang!

REZ_7773
REZ_7748
REZ_7801
REZ_7791

Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun dengan mesin tradisional, dan mempunyai corak rumit benang emas atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak. Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan – keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri.

Namun hari ini, pemakainya lebih menyeluruh dan tidak terhad kepada kerabat diraja sahaja. Cara pemakaiannya juga lebih meluas serta bersesuaian dengan majlis, begitu juga corak dan motifnya yang semakin kontemporari, sesuai dengan perubahan dan peredaran masa. Kain songket semakin popular digunakan busana majlis perkahwinan, hantaran perkahwinan, cenderahati, hiasan dinding, bag , sampin dan lain-lain lagi, jadi tidak hairanlah mengapa ramai raja sehari memilih untuk mengenakan songket seterusnya menjadi trend untuk 2018 ini!

 

1. Kurung Songket

Baju kurung ini lebih dikenali sebagai “Baju Kurung Teluk Belanga” yang mempunyai leher berbentuk bulat dan belahan di hadapan. Baju kurung ini memerlukan bahagian lehernya dikancing dengan sebutir butang yang berwarna emas atau perak. Ciri-ciri ini telah memperlihatkan keunikan identiti baju kurung. Rekaannya yang klasik dan menunjukkan ciri-ciri kemelayuan pastinya akan membuatkan ratu sehari kelihatan ayu. Ianya dipadankan dengan baju melayu seta sampin dan tanjak di kepala.

IMG_8117regeg
IMG_8185regeg

songket

songket

IMG_0839
IMG_0868

 

2. Mini Kurung Songket

Berbeza dengan baju “Mini Kurung”, ianya mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan baju kurung tradisional. Mini kurung moden ini digubah sedikit pendek dan mempunyai pelbagai rekaan supaya kelihatan modern dan menarik. Namun, ciri-ciri utama masih dipelihara. Sebagai contoh, pakaian ini masih berlengan panjang dan masih digunakan dengan kain sarung. Untuk kelihatan sedikit elegan dan moden, ianya boleh digantikan dengan kain berbentuk duyung.

IMG_6539
IMG_6582
IMG_6683
IMG_0745regegq
IMG_0778regegq
IMG_0838regegq
IMG_0785regegq

 

3. Kebaya Songket

Baju kebaya mempunyai dua versi iaitu baju kebaya labuh dan baju kebaya pendek. Baju kebaya labuh dikecilkan sedikit untuk mengikut bentuk badan si pemakai. Baju kebaya ini dipakai dengan kancing berbunga atau kerongsang yang beransingan atau yang berantai. Manakal baju kebaya pendek pula, telah diubahsuai untuk kelihatan lebih menarik.

IMG_2442regegq
IMG_2464regegq
IMG_2505regegq

songket

IMG_9397

songket

IMG_8401regeg
IMG_8382regeg
IMG_7666regeg
IMG_8431regeg

 

4. Kebarung Songket

Kebarung merupakan gabungan singkatan perkataan baju kebaya dan baju kurung. Berbanding fesyen pakaian lain, kebarung sangat sesuai untuk wanita sama ada mereka yang berbadan kurus mahupun gempal. Malah ciri-ciri tersendiri yang terdapat pada kebarung, iaitu berpotongan longgar dan labuh bukan sahaja memberi keselesaan, bahkan memperlihatkan gaya sopan dan anggun si pemakai.

songket

_MG_1514
_MG_1522
IMG_1143
IMG_0054
IMG_0009

songket

IMG_2856a
IMG_2939a

 

5. Puteri Perak Songket

Pakaian Puteri Perak antara warisan tradisional yang masih tidak dilupakan generasi hari ini. Usaha mengembalikan ingatan masyarakat, khususnya generasi muda begitu ketara. Jika dilihat perkekembangan fesyen zaman sekarang, ramai pengusaha butik pengantin turut menawarkan pakaian tradisional dalam pakej perkahwinan. Keistimewaan pakaian Puteri Perak bukan sahaja dari segi rekaan, bahkan nilai klasik yang ditonjolkan.

songket

IMG_0996
IMG_1076
IMG_1014

 

6. Peplum Songket

Rekaan “peplum” mengimbau kembali zaman klasik apabila ianya sering digayakan oleh Allahyarham Biduanita Negara, Puan Sri Saloma. Bukan saja dunia fesyen menerima percikan seumpama itu, namun ianya turut memeriahkan landskap busana pengantin di negara ini. Ini kerana pemilihan peplum yang tepat pada figura tubuh, mampu menampilkan potongan badan lebih lansing, tinggi dan menutup kekurangan pada tubuh. Selain cantik dipakai, gaya peplum membantu menyelesaikan masalah dihadapi pengantin terutama mereka yang memiliki tubuh gempal, tidak mempunyai pinggul atau terlalu kurus.

songket

IMG_0216
IMG_0219
IMG_4387
IMG_5088
IMG_5106

 

IMG_8144
IMG_8222
IMG_8043

 

7. Mermaid Songket

Ini juga satu contoh busana hasil sepenuhnya material songket yang digayakan oleh pengantin Persalinan yang digayakan ini cukup terserlah anggun dengan menggunakan material songket yang menghiasi di seluruh badan, hasil rekaannya yang mengikut bentuk badan dan di bawahnya kembang seperti ikan duyung, menghasilkan ilusi tinggi dan kelihatan kurus buat ratu sehari. Untuk kelihatan lebih menawan, perinciannya akan dihiasi dengan renda.

IMG_1401
IMG_2557
IMG_2533
IMG_9401
IMG_9275
IMG_9453
IMG_0970 (1)
IMG_0956

 

8. Dress Songket

‘Princess’. Haa, ini lah panggilan pada si pemakai baju gaun pada persandingan mereka. Semua orang tahu baju gaun sangat cantik! Dengan menggayakan dress potongan princess cut dan songket pastinya menyerlah di hari persandingan.

songket

IMG_1433
IMG_0020
REZ_6487regeg
REZ_6492regeg
REZ_6519regeg

 

9. Mermaid Songket with Long sleeve (Overskirt)

Gabungan mermaid songket dan dress di luar memang nampak moden. Menggunakan fabrik sifon dan songket tampak menarik digandingkan bersama potongan gaun yang kembang di bahagian pinggang. Rekaannya yang memanjang labuh kebelakang dan kembang sekembangnya. berkonsepkan ‘tema inggeris’ ataupun bertemakan ‘fairytale‘ yang menerapkan konsep melayu ini sangat sesuai.

IMG_1312
IMG_1458

songket

 

IMG_0465
IMG_0478

songket

INFO SONGKET

  • Mendapat jolokan Ratu Kain.
  • Tekstil kebanggaan setiap negara di rantau ini terutama Malaysia, Brunei, Thailand, Kemboja, Indonesia serta Vietnam.
  • Di Malaysia, negeri di pantai timur Semenanjung terutama Terengganu, Pahang dan Kelantan begitu sinonim dengan penghasilan songket.
Sweetpictures GO is on-demand wedding photography platform that help ‘bride & groom to be’ to book photographers faster, easier and securely. Customers can easily search photography package that suit with their budget, secure the photographers & event date and make a booking securely via SWEETPICTURES GO.

BOOK SWEETPICTURES NOW