5 Bajet Utama Persiapan untuk Kahwin!

Majlis perkahwinan ialah impian permulaan bagi kebahagiaan sesebuah pasangan, namun jika bajet yang tidak mencukupi dan tidak bertuah dalam mendapatkan tajaan, pastikan anda merancang perbelanjaan sebaik mungkin. Ramai mendapati bahawa bajet yang telah ditetapkan tidak mencukupi kerana terpaksa menanggung beberapa cas ‘tersembunyi’ yang sering terlepas pandang. Kali ini, Sweetpictures berkongsi tentang kos-kos utama yang wajib anda ambil tahu dalam merancang sesebuah majlis perkahwinan.

 

1. Kursus Kahwin

Seperti yang kita sedia maklum, setiap pasangan beragama Islam yang berhasrat untuk berumah tangga hendaklah menghadiri kursus perkahwinan bagi mendapatkan sijil kursus pra-perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing. Walaupun kos kursus ini dianggap rendah, namun ia tetap menjadi beban kepada bakal pengantin yang kurang berkemampuan. Kos tambahan seperti kos pengangkutan, kos penginapan dan kos makan untuk ke lokasi tersebut perlu diambil kira sekiranya bakal pengantin bekerja di luar negeri atau negara dan terpaksa menghadiri kursus ini di daerah asal mereka. Perkara ini juga perlu dimasukkan ke dalam bajet perkahwinan anda supaya ia dapat diuruskan dengan bijak.

 

2. Majlis Akad Nikah

Terdapat juga pengantin yang ingin melangsungkan majlis akad nikah dan resepsi pada hari yang berlainan. Walaupun majlis akad nikah di pandang ringkas, ia memerlukan kos yang agak tinggi. Oleh itu, bakal pengantin perlulah mengambil kira kos majlis pernikahan ini, selain perbelanjaan untuk majlis resepsi sekiranya kedua-dua majlis diadakan pada hari dan tempat yang berbeza. Pengantin pastinya boleh menjimatkan wang sekiranya kedua-dua majlis ini dijalankan serentak atau akad nikah diikuti dengan majlis resepsi di lokasi dan hari yang sama.

bajet

bajet

bajet

bajet

bajet

3. Barang Hantaran

Kedua-dua pihak harus mengambil kira kos yang diperlukan untuk membeli barang hantaran sebagai pemberian kepada pasangan masing-masing. Kos pembelian hantaran ini tidak termasuk dalam wang hantaran dan ia mungkin melonjak tinggi sekiranya sekiranya hantaran yang berjenama dipilih. Oleh itu, pastikan kos barangan hantaran dimasukkan dalam bajet perkahwinan, selain memastikan juga barang yang dibeli berpatutan dengan kos yang anda mampu.

4. Makanan dan Minuman

Di sini bakal pengantin mempunyai dua pilihan sama ada menggunakan khidmat catering atau menyediakan sendiri makanan secara gotong-royong. Kedua-dua pilihan mempunyai perbelanjaan tersembunyi masing-masing. Pihak pengantin perlu berhati-hati dalam memilih pakej catering agar tidak terperangkap dengan cas tambahan seperti sewaan konopi, pelayan, peralatan hidangan, kek dan sebagainya. Sebaiknya, selidik dahulu harga servis tambahan sekiranya dilanggan secara berasingan. Makanan majlis yang disediakan sendiri mempunyai kos yang tidak dijangka termasuk bayaran tukang masak, tukang cuci dan sewa peralatan untuk menghidang.

Selain itu, makan dan minum anggota gotong-royong perlu ditanggung semasa penyediaan makan dan minum majlis perkahwinan. Untuk mengelakkan perbelanjaan melangkaui daripada bajet, bakal pengantin perlulah peka akan kos-kos ini, selain kos belanja ‘hangus’ dalam pembelian bahan basah serta risiko peningkatan harga bahan mentah terutama sekali jika majlis perkahwinan dijalankan pada waktu puncak seperti musim perayaan dan cuti sekolah. Sebaiknya, pihak pengantin perlu membuat tinjauan harga barangan mentah serta membeli barang-barang masakan secara borong untuk mendapatkan harga yang lebih murah.

5. Cenderahati dan Bunga Telur

Sudah menjadi trend pada masa kini, setiap majlis perkahwinan pastinya ada pemberian cenderahati ataupun goodies bag seperti ‘pop-corn’, kek coklat moist yang siap di ‘packing’. Tidak turut ketinggalan, bunga telur yang disertakan di dalam goodies bag, kebiasaanya diisi dengan surah Yasin, tasbih, gula-gula, coklat, sapu tangan kecil dan sebagainya. Untuk mengelakkan perbelanjaan luar jangkaan seperti ini, bakal pengantin boleh membuat inventori dan senarai yang tepat bagi setiap bahan yang hendak dimasukkan ke dalam uncang hadiah. Seeloknya, bahan untuk uncang hadiah haruslah di beli secara pukal untuk mendapatkan harga borong. Elakkan juga penambahan item di saat-saat akhir.

Sweetpictures GO is on-demand wedding photography platform that help ‘bride & groom to be’ to book photographers faster, easier and securely. Customers can easily search photography package that suit with their budget, secure the photographers & event date and make a booking securely via SWEETPICTURES GO.

BOOK SWEETPICTURES NOW