6 Tips Persediaan Kahwin Awal!

Bagi anda yang masih muda untuk melangkah ke alam perkahwinan, pelbagai perkara perlu anda ketahui. Banyak perkara yang perlu disediakan selain mental dan fizikal. Jika anda bijak membuat persediaan awal, pastinya masalah itu dapat dielakkan dan komunikasi antara anda dan pasangan akan berjalan dengan lancar. Mari kita lihat apakah sebenarnya persediaan awal yang perlu anda lakukan sebelum melangkah kealam perkahwinan! Khas untuk anda dari Sweetpictures.

Persediaan Awal

1. Tidak Pandai Memasak?

Perkara ini yang paling ditakuti oleh seorang wanita apabila ke rumah mertua. Mana tidaknya, pada masa itulah ibu mertua ingin menguji menantunya sama ada pandai memasak dan menguruskan rumah atau tidak. Jangan malu untuk bertanya ibu atau ibu mertua anda! Secara tidak lansung boleh merapatkan hubungan kekeluargaan yang bakal dibina, atau anda juga boleh cuba memasak dengan membeli beberapa buah buku masakan yang berada di pasaran.

2. Cuba Tambat Hati Mertua

Persediaan Awal

Selepas berkahwin, keluarga mertua sama ertinya dengan keluarga anda sendiri. Tidak ada beza dan jurang antara keluarga mertua dengan keluarga anda. Cuba tambat hati mereka terutama si ibu kerana jika anda telah menunjukkan keserasian bersama mertua pasti selepas berkahwin anda dan mereka tidak terasing. Jaga kelakuan anda sebaik-baiknya, pasti mereka akan menyenangi sikap anda tersebut.

3. Kawal Emosi

Persediaan Awal

Orang muda sering dikaitkan dengan emosi yang tidak stabil. Hal ini merupakan perkara nagetif yang perlu dielakkan dalam hubungan suami isteri. Selalunya perkara kecil boleh menjadi besar sekiranya emosi seseorang itu tidak dapat dikawal.

4. Bijak Menguruskan Anak Dan Keluarga

Persediaan Awal

Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan cahaya mata sebagai pelengkap hidup berumah tangga. Walaupun anda berusia 20-an, pastinya keinginan tersebut turut ada. Oleh itu, bincanglah dengan pasangan anda untuk menimang cahaya mata di dalam masa yang terdekat atau tidak. Pengurusan cahaya mata dan keluarga sangat penting lebih-lebih buat anda yang kurang persedian.

5. Kawal Kewangan Keluarga

Selepas berkahwin, kos perbelanjaan hidup mula berubah. Jangan sesekali membebankan ibu bapa anda dengan masalah kewangan yang sedang dihadapi. Oleh sebab itulah anda perlu pastikan bahawa anda mempunyai pendapatan yang kukuh dan tetap. Sediakan tabung kecemasan antara anda dan pasangan serta rancang perbelanjaan setiap bulan bagi mengelakkan pemborosan berlaku.

6. Membahagikan Masa

Persediaan Awal

Kurangkan aktiviti luar selepas berkahwin. Perbanyakkan aktiviti bersama dengan keluarga terutama dengan isteri dan anak-anak. Pastinya hubungan anda dan keluarga bertambah erat.

TIPS PENTING!

  • Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
  • Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

Dah nak kawin tapi masih belum ada perancangan bajet? Jangan lupa click 5 Bajet Utama Persiapan untuk Kahwin! yang disediakan oleh kami.

Sweetpictures GO is on-demand wedding photography platform that help ‘bride & groom to be’ to book photographers faster, easier and securely. Customers can easily search photography package that suit with their budget, secure the photographers & event date and make a booking securely via SWEETPICTURES GO.

BOOK SWEETPICTURES NOW