Teknik Fotografi Untuk Dapatkan Gambar Sempurna!

Tatkala melihat kecantikan dan keunikan gambar yang diambil, pasti anda tertanya-tanya teknik yang digunakan jurugambar untuk mendapatkan hasil yang menarik dan memberi kepuasan setiap mata yang memandang. Kali ini Sweetpictures berkongsi tentang teknik-teknik fotografi untuk mendapatkan gambar yang sempurna!

teknik fotografi

teknik fotografi

teknik fotografi

Mengambil gambar mungkin nampak mudah, tetapi harus diingatkan bahawa teknik yang betul memainkan peranan penting untuk penghasilan gambar yang cukup sempurna.

Teknik fotografi bukan sahaja bergantung pada kawalan kamera semata-mata, tetapi pemilihan pencahayaan yang betul juga memainkan peranan penting untuk menjamin kualiti gambar yang diambil.

 

1. TEKNIK FOTOGRAFI : PENCAHAYAAN

Pemilihan cahaya yang tepat berupaya menghasilkan gambar berkualiti dan sempurna. Merakam potret di bawah sinaran matahari adalah cara unik, namun harus berhati-hati dengan bayang-bayang yang boleh mengganggu subjek anda. Cara terbaik adalah dengan mengubah posisi subjek di bawah tempat redup supaya pantulan cahaya yang menerangi subjek membantu pencahayaan gambar anda.

teknik fotografi

ABC_9617regegq
ABC_9625regegq

teknik fotografi

Waktu awal pagi dan senja adalah waktu terbaik untuk penghasilan potret menarik kerana cahayanya cukup seimbang antara subjek dan latar belakang. Penggunaan ‘reflector’ amat membantu untuk memantulkan cahaya pada subjek lantas mengurangkan bayang-bayang.

 

2. TEKNIK FOTOGRAFI : EXPOSURE

Metering kamera berupaya menjaga exposure melalui kawalan aperture, shutter speed dan ISO yang tepat supaya sesuatu foto yang dihasilkan memiliki Kawasan gelap (shadow), Kawasan tengah/grey (midtone) dan Kawasan terang (highlight) yang seimbang.

_MG_1109regegq
_MG_1103regegq
_MG_1083regegq
_MG_1117regegq

teknik fotografi

Gabungan aperture, shutter speed dan ISO dalam skop matering kamera boleh membentuk kepada tiga bentuk exposure iaitu right-exposure, over-exposure dan under-exposure. Ketiga-tiga bentuk exposure ini boleh diguna pakai dalam fotografi perkahwinan mengikut kesesuaian tema dan konsep imej yang diinginkan.

_MG_1140regegq
_MG_1130regegq
_MG_1245regegq

 

3. TEKNIK FOTOGRAFI : ISO, SHUTTER SPEED DAN APERTURE

Penetapan aperture, shutter speed dan ISO dalam kamera memberi impak dan kesan terhadap imej fotografi yang ingin dihasilkan. Ada beberapa keadaan aperture akan dipilih sebagai keutamaan dalam membentuk imej terutama bagi menghasilkan kriteria-kriteria seperti depth of field dan bokeh. Begitu juga dengan pemilihan shutter speed dan ISO sebagai keutamaan. Semakin tinggi bacaan shutter speed bermaksud semakin cepat kadar masa buka dan tutup sensor kamera.

teknik fotografi

teknik fotografi

Penetapan dan kawalan shutter speed juga akan mempengaruhi kesan terhadap imej fotografi anda sama ada jelas dan tajam atau berbayang, blur dan ada kesan pergerakan. Kadar ISO juga akan mempengaruhi imej foto yang dihasilkan. Semakin tinggi kadar ISO, semakin tinggilah noise dihasilkan, begitu juga dengan warna imej yang akan lebih warm/kekuningan apabila kadar ISO semakin tinggi.

teknik fotografi

teknik fotografi

Antara perkara asas dalam fotografi ialah pemahaman dan penguasaan terhadap 3 elemen penting yang dikenali sebagai aperture, shutter speed dan ISO. Ketiga-tiga elemen ini berhubung kait antara satu sama lain dalam penetapan bacaan metering untuk kamera dan berkadar lansung dalam menentukan exposure (terang atau gelapnya foto yang dihasilkan).

IMG_1448regegq
IMG_1438regegq

teknik fotografi

 

Sweetpictures GO is on-demand wedding photography platform that help ‘bride & groom to be’ to book photographers faster, easier and securely. Customers can easily search photography package that suit with their budget, secure the photographers & event date and make a booking securely via SWEETPICTURES GO.

BOOK SWEETPICTURES NOW

Scroll UpScroll Up