Inspirasi Tema Perkahwinan Campur yang patut anda tahu!

Perkahwinan campur antara pasangan pengantin yang berbeza bangsa dan agama bukanlah sesuatu yang asing di negara kita, malahan di seluruh dunia. Di Malaysia misalnya, perkahwinan campur antara bangsa Melayu dan Cina, India dan Serani, Iban dan Kadazan, serta pelbagai lagi bangsa lain merupakan contoh penyatuan dua bangsa. Di negara luar pula, perkahwinan ini bukan sahaja meliputi bangsa yang berlainan, dari negara seperti Singapura, Indonesia dan benua yang berbeza seperti negara Asia dan Barat.

Perkahwinan Campur

IMG_2306regegq
IMG_2309regegq-copy

Keistimewaan perkahwinan campur bukan sahaja meliputi aspek penyatuan bangsa, malah juga dari segi keunikan budaya tersebut apabila digabungkan. Tidak dapat dinafikan penyatuan pasangan yang berbeza bangsa ini akan mengembangkan lagi tali persaudaraan sesama keluarga yang mempunyai adat dan budaya yang berlainan. Lebih menarik lagi, ada pendapat yang mengatakan bahawa perkahwinan campur akan menghasilkan anak-anak yang lebih bijak dan cerdas.

Bagi mereka yang sudah berkira-kira untuk merancang perkahwinan unik dengan pasangan yang berbeza bangsa, tidak perlu terlalu gusar dalam memikirkan idea penyatuan budaya dalam majlis anda. Ikuti beberapa tips yang Sweetpictures sediakan untuk majlis gemilang anda.

Busana Perkahwinan Campur

Kebiasaannya untuk upacara pernikahan, busana tradisional menjadi pilihan kebanyakan pasangan. Anda boleh memilih sama anda untuk mengenakan busana mengikut budaya pasangan anda atau mengikut budaya masing-masing. Jika anda ingin ingin meneruskan tema tradisional untuk majlis resepsi anda, sediakan dua pasang persalinan berlainan bagi mengikut bangsa anda dan pasangan.

Perkahwinan Campur

IMG_0222regegq
IMG_0259regegq

Perkahwinan Campur

Dekorasi

Sebelum merancang tema kahwin campur ini, pastikan anda telah mengkaji terlebih dahulu tentang budaya pasangan anda. Ini bagi memastikan anda tidak terlepas pandang mengenai aspek penting seperti warna, corak, bunga dan aksesori ‘wajib’ mereka. Ia juga penting bagi memastikan anda tidak melanggar ‘pantang’ boleh menyebabkan ketidakselesaan di kalangan tetamu. Sebagai contoh, perkahwinan Cina dan India boleh digambarkan dengan dekorasi majlis yang menggunakan bunga teratai dan Marigold yang mewakili kedua-duanya.

Menu

Tidak sukar untuk merancang menu untuk majlis sebegini. Anda hanya perlu memastikan terdapat gabungan yang seimbang khususnya untuk menu utama dan pencuci mulut. Manisan dan triffle boleh dihidangkan sebagai hidangan pencuci mulut bagi perkahwinan India dan English.

Hantaran

Kebiasaannya, hantaran merupakan adat bangsa Melayu sejak dahulu lagi. Perkahwinan campur tidak menghalang anda dari menjadi kreatif dalam merencanakan hantaran yang sesuai untuk pasangan anda. Hantaran baju Melayu dan Ceongsam boleh dijadikan pilihan untuk pasangan Melayu dan Cina.

Tidak sukar sebenarnya merancang majlis perkahwinan campur sekiranya anda mempunyai perancangan yang sempurna. Jika anda inginkan konsep penuh tradisi, pastikan anda merujuk kepada mereka yang benar-benar pakar agar majlis yang diinginkan dapat dijayakan dengan sebaik-baiknya.

Sweetpictures GO is on-demand wedding photography platform that help ‘bride & groom to be’ to book photographers faster, easier and securely. Customers can easily search photography package that suit with their budget, secure the photographers & event date and make a booking securely via SWEETPICTURES GO.

BOOK SWEETPICTURES NOW

Scroll UpScroll Up