Idea Gubahan Hantaran Cantik dan Terkini!

Hantaran perkahwinan menjadi simbol kegembiraan dalam meraikan hari bahagia. Lantaran itu, ia digubah indah bagi melengkapkan seri perkahwinan. Tidak lengkap rasanya majlis resepsi tanpa hantaran. Keindahan dan kepelbagaian dalam gubahan hantaran menjadikan ia istimewa untuk dijadikan hadiah kepada pasangan masing-masing. Keghairahan pendekorasi, menggubah hantaran merancakkan lagi kreatif dan kepelbagaian dalam menghiasinya agar tampak berseri, elegan dan mewah. Anda tidak semestinya harus berbelanja besar atau membeli barangan yang terlalu mahal bagi menonjolkan elemen mewah tersebut, tetapi harus bijak bermain dengan beberapa perkara penting dalam gubahan hantaran di samping kreativiti anda sendiri. Di sini kami kongsikan beberapa tips panduan dalam mengubah hantaran dan koleksi gambar-gambar gubahan hantaran dari Sweetpictures. Ini mungkin inspirasi yang anda cari. Selamat membaca!

Gubahan Hantaran

Kombinasi Warna untuk Gubahan Hantaran

Kuasa warna memberikan impak yang sangat besar terhadap sesuatu hiasan atau deko, terutama sekali hantaran perkahwinan. Permainan warna yang bijak mampu menguasi dekorasi hantaran tersebut yang melengkapkan hiasan yang digunakan. Elemen mewah dapat ditampilkan dalam hantaran yang sederhana melalui penggunaan warna-warna pastel. Penggunaan warna pastel bukan sahaja menyejukkan pandangan, malah menaikkan gubahan hantaran dengan menyuntik mood lembut dan mewah. Ia dapat diaplikasikan dengan menggunakan jenis dan kombinasi warna yang sama misalnya merah jambu. Warna pastel yang membaluti gubahan hantaran tentunya menaikkan seri hantran dengan keharmonian warna dan suntikan elemen mewah yang bersifat sederhana tetapi elegan.

Dulang Hantaran

Gubahan Hantaran

Pemilihan dulang hantaran pada hari ini juga harus diberikan perhatian. Banyak dulang hantaran yang pelbagai dijual di pasaran. Penggunaan dulang tidak hanya terhad kepada dulang sahaja, malahan kreativiti dalam gubahan hantaran telah mengetengahkan alas lain seperti bantal, kayu dan sebagainya. Namun begitu, pemilihan dulang harus dipilih dengan teliti, bersesuaian dengan konsep yang dibawakan. Pengunaan dulang yang lebih ringkas tanpa sarat dengan hiasan yang pelbagai dan berat mampu menyerlahkan hantaran kelihatan mewah, bahkan kesaratan tersebut hanya memberikan impak yang berlebihan dan berat. Lebih ringkas dulang yang digunakan, lebih bertambah elegan hantaran yang ditampilkan.

Bunga

Gubahan Hantaran

Bunga merupakan hiasan utama dalam gubahan hantaran. Penggunaan bunga diolah dan disesuaikan dengan kreativiti dan konsep yang dibawakan. Kedua-dua jenis bunga, baik bunga palsu mahupun bunga segar mempunyai kelebihan tersendiri bergantung kepada keinginan anda.

Bunga segar kekal menjadi kegemaran dan pilihan utama dalam gubahan hantaran. Ia juga seakan menjadi trend pada masa kini. Ini memandangkan sifatnya yang mampu menyejukkan mata yang memandang, selain aroma semulajadinya yang menghidupkan suasana. Pemilihan bunga segar, memberikan mood ketenangan sekaligus memberikan impak elemen mewah dalam penggunaannya yang pelbagai jenis, rupa dan warna.

Bagi anda yang mahu menyimpan hantaran tersebut menjadi kenang-kenangan, maka penggunaan bunga palsu merupakan pilihan tepat. Selain kekal, ia juga mampu menyuntik elemen mewah dalam gubahan hantaran anda, asalkan anda kreatif dalam menghias dan mengolah. Gubahan tersebut boleh digubah dan dilengkapkan dengan aroma terapi ataupun potpuri yang menyebarkan wangian ke seluruh hantaran mengikut kesesuaian dan cita rasa.

Tip 2. Bridal Sanctuary

Anggaran Bajet

Anda harus sentiasa peka dengan situasi kewangan diri anda. Jangan lupa untuk berbelanja mengikut perancangan bajet yang telah dibuat. Buat atau tempah hantaran anda mengikut situasi kewangan, bukan hanya mahu menepati tema dan konsep sehingga terlepas pandang perkara yang lebih penting. Lakukan semakan atau rujukan jenis barang yang dapat menjimatkan kos perbelanjaan agar anda mengetahui lebih banyak maklumat serta dapat membuat pilihan dengan bijak.

 

Kepentingan Barangan

Utamakan barangan yang ingin dijadikan hantaran mengikut keperluan dan kepentingan. Sebelum memutuskan untuk membeli barangan hantaran, lakukan kajian atau rujukan terlebih dahulu. Anda juga boleh menyenaraikan barangan mengikut keperluan dan kepentingan sebelum menyenarai-pendekkan senarai tersebut bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan atau sikap membazir.

Kesegaran dan Jangka Hayat

Kesegaran sesuatu bahan dalam hantaran memberikan kesan terhadap keindahan hantaran tersebut. Hal ini berlaku kerana, jika anda tidak peka terhadap kesegaran hantaran seperti buah-buahan, tarikh luput dan sebagainya, ia bakal memberikan rasa serta bau yang kurang menyenangkan sekaligus mematikan aura seri hantaran tersebut. Perkara kecil seperti ini kadang-kala terlepas pandang oleh si bakal pengantin yang sibut mengurus dan memikirkan pelbagai perkara menjelang hari perkahwinan. Mintalah bantuan ahli keluarga lain untuk menguruskan barangan seperti ini.

Sweetpictures GO is on-demand wedding photography platform that help ‘bride & groom to be’ to book photographers faster, easier and securely. Customers can easily search photography package that suit with their budget, secure the photographers & event date and make a booking securely via SWEETPICTURES GO.

BOOK SWEETPICTURES NOW