Pelbagai gaya dan aksesori yang dapat digunakan bagi menambahkan gaya rambut anda nanti. Sama ada anda memiliki jenis rambut yang lurus, ikal ataupun kerinting. Aksesori rambut yang dikenakan biarlah berpadanan dengan gaya dan majlis anda. Aksesori rambut yang sesuai dapat melengkapkan gaya anda sekaligus anda akan tampil lebih anggun menawan. Disini Sweetpictures ingin berkongsi beberapa tips inspirasi gaya rambut untuk majlis resepsi yang perlu anda cuba!
Tips Inspirasi Gaya Rambut :
1. Anda hanya memerlukan potongan veil labuh untuk mendapatkan gaya ini. Buat sanggul tinggi dan lilit sanggul anda menggunakan veil, mahkota anda pastinya kelihatan lain daripada yang lain. Gaya ini sesuai untuk majlis perkahwinan yang berkonsepkan moden.
2. Untuk gaya rambut seperti ini, sanggul kecil di bahagian belakang ini diserikan dengan tiara pasti kelihatan menyerlah. Konsep perkahwinan dalam taman cukup sesuai dengan gaya rambut seperti ini.
3. Gaya rambut ini cukup ringkas dan menarik. Namun begitu, hanya anda yang mempunyai tekstur rambut lurus ataupun ikal sahaja yang sesuai untuk menggayakan gaya rambut seperti ini. Sekiranya anda mempunyai rambut kerinting, sebaiknya biar lepas rambut anda dan sisipkan hiasan kepala ini di bahagian tepi telinga. Pasti anda akan kelihatan cantik.
4. Mungkin anda mempunyai rambut rosak dan kering, namun bagi ‘menyelamatkan’ gaya rambut anda, guna veil pada rambut yang telah disanggul kemas di bahagian tepi mahupun di bahagian belakang. Penggunaan manik pada veil itu akan dapat menyerikan lagi gaya rambut anda sekaligus ‘menyelamatkan’ bahagian hujung rambut anda.
Panduan Dandanan Gaya Rambut!
- Buat anda yang mempunyai tekstur rambut lurus dan ikal, anda pastinya tidak mempunyai banyak masalah dalam menggayakan sebarang gaya rambut yang diidamkan.
- Manakala bagi anda yang mempunyai tekstur rambut kerinting, jangan rasa rendah diri kerana gaya rambut seperti ini akan kelihatan cukup cantik sekiranya anda selalu menjaganya. Namun, dinasihatkan agar anda selalu menjaga rambut agar lebih lembut dan mudah untuk diuruskan.
Sweetpictures GO is on-demand wedding photography platform that help ‘bride & groom to be’ to book photographers faster, easier and securely. Customers can easily search photography package that suit with their budget, secure the photographers & event date and make a booking securely via SWEETPICTURES GO.