40 Koleksi gambar Design Henna Tangan Cantik 2018

Inai tangan bercorak atau lebih dikenali sebagai henna tangan sudah menjadi trend wajib untuk ramai pengantin di masa kini. Jika diikutkan, tradisi henna tangan ini asalnya dari masyarakat India tetapi memandangkan Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang berkahwin campur, lama kelamaan tradisi ini menjadi sebahagian adat dalam masyarakat Melayu juga.

APA BEZA DI ANTARA HENNA MERAH DAN HENNA PUTIH?

Beza antara henna merah dan putih adalah henna merah boleh mengekalkan warna merahnya sehingga seminggu berbanding henna putih hanya bertahan selama 8 jam sahaja. Jadi ramai pengantin yang lebih suka memilih henna merah untuk dijadikan penyeri tangan mereka ketika majlis. Namun begitu, kedua trend henna ini ada peminat dan kecantikan yang tersendiri.

Semasa memilih design henna, tips paling penting adalah pastikan anda mengambil kira design baju pengantin anda sekali. Di sini kami ingin berkongsi beberapa corak henna tangan dan koleksi gambar-gambar pengantin dari Sweetpictures. Ini mungkin inspirasi yang anda cari. Selamat membaca!

1. Corak Henna Tangan Floral Merah

Bagi corak henna tangan floral merah, design ini lebih menengahkan corak floral besar yang ringkas tetapi cukup cantik. Ia merupakan gabungan dua warna yang klasik iaitu merah dan hitam. Ia juga sangat sesuai untuk baju pengantin yang ringkas dan berkonsepkan tradisional seperti baju songket dan kebaya. Jom lihat koleksi gambar pengantin dari Sweetpictures yang memilih corak henna tangan floral merah. Cantik bukan?

FA_MG_7120
IMG_0731
IMG_1334-(1)
_MG_1724regeg
_MG_1695regeg
IMG_4477
IMG_5596regeg
IMG_2774
IMG_1316
IMG_0709a
IMG_7992regeg
DSC04611

2. Corak Henna Merah Tradisional Melayu Berenda

Corak ini antara design henna tangan yang cukup menawan. Melihat sahaja lukisan inai sangat kreatif dan berwarna merah langsung menaikkan citarasa klasik Melayu. Corak ini amat sesuai untuk anda yang mengenakan busana pengantin tradisional seperti songket atau kebaya. Malah, ia juga sesuai untuk dikenakan dengan busana pengantin moden. Pastinya, corak henna merah tradisional melayu berenda ini sangat sesuai dijadikan aksesori semasa majlis anda dan mencuri tumpuan ramai.

IMG_3451
IMG_7099
IMG_7035
IMG_0029
IMG_0107regeg
IMG_0222
IMG_7035
IMG_7200
IMG_0054
IMG_5896as
IMG_6460regeg

3. Henna Pengantin White Glove

Ada pengantin yang memilih henna putih ini kerana mereka mahukan kelainan serta membuatkan mereka nampak lebih muda dan anggun. Selalunya henna putih akan dilukis beberapa jam sebelum majlis kerana henna putih ini tidak tahan lama berbanding henna merah. Penjagaannya turut berbeza dengan henna merah kerana henna putih lebih mudah tertanggal. Namun begitu, ada yang beranggapan bahawa henna putih ini sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan moden.

IMG_2275
IMG_8323regeg
_MG_0793
IMG_0230

4. Corak Inai Pakistani

Bagi pengantin yang berjiwa seni dan menyukai hasil lukisan inai yang penuh corak halus, mungkin anda akan memilih corak inai Pakistani ini. Ia selalunya bercorak penuh sama ada sarat di bahagian jari, tengah atau kesemua sekali. Apa yang menarik tentang corak ini adalah, lukisannya yang berseni dan cukup halus boleh membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya menjadi tertarik dan terpegun. Jom saksikan koleksi pengantin Sweetpictures yang memilih corak ini.

IMG_3194
IMG_6152
_MG_1103regegq
IMG_0295
IMG_3429
IMG_0220
IMG_5597

Cantik dan menarik kan? Di harap perkongsian kami ini dapat membantu anda mencari corak henna yang sesuai untuk majlis anda nanti. Sila kongsikan dengan kami di ruangan komen design mana yang paling menjadi kegemaran anda.

Pernah dengar Same Day Edit (SDE)? Nak tahu lebih details, jom klik disini.

henna tangan

Sweetpictures GO is on-demand wedding photography platform that help ‘bride & groom to be’ to book photographers faster, easier and securely. Customers can easily search photography package that suit with their budget, secure the photographers & event date and make a booking securely via SWEETPICTURES GO.

BOOK SWEETPICTURES NOW

Scroll UpScroll Up