7 Waktu Paling Sesuai Pegang Tangan Isteri

Memikat hati isteri tidaklah sesukar mana. Ramai yang telah berkongsi pendapat dan idea masing-masing bagaimana cara untuk memikat hati isteri. Apa kata kita cuba cara yang paling mudah sekali, salah satunya adalah pegang tangan isteri. Tahukah anda terdapat beberapa waktu paling sesuai untuk pegang tangan isteri. Nah kami kongsi 7 tips berguna untuk anda. Cubalah!

pegang tangan isteri

1: Sebelum keluar rumah. Cuba anda genggam dengan lembut tangan isteri anda dalam dua saat macam itu, kemudian bisik sedikit kepada isteri anda: ‘Sayang, Jumpa lagi..’. Confirm isteri anda akan tersenyum sepanjang hari. Okay…boleh imagine tak?

2: Waktu keadaan sukar. Pada ketika isteri anda mengalami masalah dan perlukan teman untuk mendengar luahan hatinya, cuba pegang tangannya. Jika perlu, cuba anda peluk sedikit dan beri kata-kata semangat kepadanya. Mungkin cara ini boleh menyembuhkan sedikit kesedihan isteri anda. Cubalah!

pegang tangan isteri

pegang tangan isteri

3: Waktu berada di tempat yang ramai orang. Jika anda tidak gemar untuk mencari isteri anda di dalam lautan manusia, apa kata anda terus pegang tangan mereka kemas-kemas. Jadi secara tak langsung, anda tidak perlu lagi untuk call atau whatsapp isteri anda untuk bertanya lokasi. Jimat kredit dan masa kan?

4: Waktu melintas jalan. Cara paling mudah untuk nampak gentleman adalah dengan memegang tangan isteri anda ketika hendak melintas jalan. Jangan lintas jalan seorang diri dan tinggalkan isteri anda di belakang. Baru nampak anda seorang yang protective.

pegang tangan isteri

pegang tangan isteri

5: Waktu anda rasa perlu pegang tangan. Bila-bila masa sahaja, secara tiba-tiba. Buat isteri anda terkejut sedikit. Contohnya waktu tengah tengok wayang atau di dalam kereta. Confirm isteri anda cair.

6: Waktu sebelum tidur. Cuba genggam sedikit tangan isteri anda dan ucapkan Selamat Malam. Pasti isteri anda tersenyum dan tidur anda akan lebih lena.

7: Waktu ZALORA tengah ada sale. Sila pegang tangan isteri anda kemas-kemas. Kalau boleh, pegang kredit kad dia sekali. Nescaya isteri anda terlupa untuk berbelanja lebih.

Book your wedding photography now at SWEETPICTURES GO.

 

Sweetpictures GO is on-demand wedding photography platform that help ‘bride & groom to be’ to book photographers faster, easier and securely. Customers can easily search photography package that suit with their budget, secure the photographers & event date and make a booking securely via SWEETPICTURES GO.

BOOK SWEETPICTURES NOW

Scroll UpScroll Up